SELAMAT DATANG KE TDM RADIO COMMUNICATION

SALAM SEJAHTERA












 
 

 MENGUCAPKAN 


SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN DAN

SELAMAT MEMANCAR

DI

TAHUN 2017

 


KATA - KATA ALUAN PENGERUSI

 

 

 

 

 

 

 

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh Dan Salam sejahtera,

 

                  Bersukur saya ke hadrat Allah SWT kerana hasrat untuk

menubuhkan TDM RADIO COMMUNICATION EMERGENCY telah

tercapai.TDM RADIO COMMUNICATION EMERGENCY ini di tubuhkan

pada Dec 2008 di atas nama Syarikat TOTAL DIRECTION

MANAGEMENT AND SERVICES Berstatus Bumiputra yang

berpengkalan di Lot 1454,Kampung Sirusa,Batu 4 Jalan Pantai.71050

Sirusa,Port Dickson Negeri Sembilan.Usaha TDM RADIO

COMMUNICATION EMERGENCY ini tidak akan terlaksana tanpa

sokongan dari seluruh ahli TDM RADIO COMMUNICATION EMERGENCY

yang ini telah ujud di seluruh Daerah - Daerah dalam Negeri - Negeri.



             Walaubagaimanapun,masyarakat pada hari ini terlalu

menfokus pada kerjaya sehingga peranan induvidu semasa

berlakunya sesuatu bencana tidak dapat dilaksanakan. Disinilah, TDM

RADIO COMMUNICATION EMERGENCY memainkan peranannya dengan

menganjurkan pelbagai program untuk menyedarkan dan sentiasa

mengingatkan tanggungjawab serta peranan hakiki seseorang

induvidu itu agar dapat melapurkan dengan segera apa sahaja yang

berlaku disekelilingnya kepada pihak-pihak berkenaan.

           Majlis Keselamatan Negara dan Badan-Badan Bukan Kerajaan

(NGO) sentiasa peka akan hal ini demi memastikan rakyat Malaysia

sentiasa berada di dalam keadaan selamat apabila sesuatu bencana

berlaku.Harapan saya,agar usaha murni TDM RADIO

COMMUNICATION EMERGENCY ini,juga aktiviti serta program

berkaitan bencana bersama masyarakat dan negara dapat sentiasa

diteruskan dan dipertingkatkan demi agama,bangsa dan negara.

 



" AHLI BERSATU MASYARAKAT MAKMUR NEGARA TEGUH "

 

" Berkhidmat Untuk Negara"

 




MOHAMMAD SHUKRI BIN ABU HASSAN

Pengarah / Pengerusi 

TDM RADIO COMMUNICATION EMERGENCY

 

 

Di sini sukacita saya ingin perjelaskan maksud logo dan warna,ianya adalah

seperti berikut:

 

MAKSUD TDM DAN WARNA

T - Melambangkan telekomunikasi berdasarkan peralatan radio,internet dan

       teknologi radio satelit. 

D - Melambangkan dianamik pengurusan dan perkhidmatan yang di berikan

       kepada masyarakat.

M - Melambangkan masyarakat yang memerlukan perkhidmatan dan bantuan

       kecemasan,berganding bahu bersama membangunkan negara di bawah

       naungan Duli Yang Maha Mulia Yang DiPertuan Agung dan kerajaan yang 

       memerintah.

 

MERAH 

Membawa pengertian semangat keberanian,progresif,dianamik dan 'survivor'

sejati.

 

KUNING

Membawa pengertian patriotik,kesetiaan kepada tuhan,raja dan negara.Bersedia

berkhidmat demi bangsa bagi keamanan dan keselamatan manusia sejagat.

 


TUJUAN

 

Tujuan TDM RADIO COMMUNICATION EMERGENCY SERVICES di ujudkan adalah

sebagai JALUR KEPERLUAN yang mana ingin menyatupadukan tentera,polis,

bomba,guru yang bersara,tentera,polis,bomba,guru yang masih berkhidmat

serta masyarakat awam berganding tenaga,pemikiran,kepakaran setiap

Operator dapat membantu Masyarakat yang memerlukan bantuan dan amnya

Negara yang tercinta.

 

Saya yakin,setiap Operator yang menyertai TDM RADIO COMMUNICATION

EMERGENCY SERVICES ini mempunyai  kemahiran, kepakaran,semangat

yang jitu serta mampu memberikan perkhidmatan sukarelawan atau

sukarelawati yang cemerlang kepada masyarakat dan amnya Negara.

 

 

Contoh bantuan adalah seperti berikut:

1) Kemalangan Jalan Raya 

2) Kebakaran

3) Kecurian/Ragut

4) Bencana Alam Dan Sebagainya

 

Tindakan yang perlu Operator lakukan adalah seperti berikut:

 

 - Panggilan Terus Ke Bilik Gerakan TDM Daerah/Negeri yang berhampiran

dengan Operator yang ingin memohon bantuan.

 

- Operator perlu memberi maklumat terperinci kepada Operator Bilik Gerakan,

1) Nama penuh Operator

2) No hp Operator

3) Lokasi kejadian

4) Masa kejadian

5) Keadaan mangsa ketika itu

 

MUSTAHAK

 

Operator yang memohon bantuan tidak di benarkan meninggalkan mangsa

sehingga bantuan sampai di tempat kejadian.

 

 

TINDAKKAN BILIK GERAKAN

 

- Bilik Gerakan TDM Daerah/Negeri Terus Telephone untuk dapatkan bantuan

yang di perlukan dan maklum semula keputusan kepada Operator yang memohon

bantuan.

 

SOKONGAN

 

Al-hamdulillah....

Saya selaku Pengerusi Total Direction Management And  Services,mengucapkan

ribuan terima kasih kepada Kementerian Penerangan,Komunikasi & Kebudayaan

Malaysia dan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) yang

Menyokong Penuh hasrat murni ini serta meluluskan tiga pengulang ( VHF )

kepada Total Direction Management And Services.

 

Lokasi Pancar Ulang Seperti Berikut:

 

1 ) (9MY453) GUNUNG ULU KALI - GENTING HIGHLANDS  ( 143.0875 )

2 ) (9WD934) GUNUNG TELAPAK BURUK  - NEGERI SEMBILAN ( 143.5125 )

3 ) (9WD540) GUNUNG LEDANG - MELAKA / JOHOR ( 143.6000 )

     

 

Hubungi kami:

 

TOTAL DIRECTION MANAGEMENT AND SERVICES

Lot 1454,Kampung Sirusa,Batu 4 Jalan Pantai,

71050 Sirusa,Port Dickson,

Negeri Sembilan.

 

Tel :019 631 3786

Fax : 06 647 0642

Email :tdm999services@gmail.com

 

 free counters